kroni hentam kroni??? apa dah jadi??


Nik Aziz berkata, tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.
"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.
Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.
Katanya, perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap sebagai derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.


"Dalam negeri, raja ketuanya dan di rumah, ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada ketika ditemui selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari sini.Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Karpal yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah JAIP oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

haa.. dah baca semuanyer.. terima kasih kepada shahboy yang telah postkan maklumat ni di dalam blog nyer.. (http://brokenthecode.blogspot.com)

apa nak jadi semua ni?? masing2 dok kata sama sendiri.. betul tak salah membuat teguran,
cume apa yang aku nak kata, kalau dah nik aziz pun kata karpal salah, kenapa wan azizah dok senyap ja masa dalam parlimen harituh?
yang si karpal pulak tak habih2 ngaku dia tak salah.. sekali lagi aku taknak komen ape2 dan taknak salahkan sesiape..\
cuma korang fikir2 dan renung2kanlah erh.. chow!

0 comments: