Pot-PeT.. Pot-PeT..


hurm.. nih juz ntok informasi korang jer... kepada yang tak tau, aku nak bagitau.. aper yang aku postkan ni adalah kadar tarif
elektrik yang akan berkuat-kuasa mulai 1 julai karang..

Bagi Kiraan 400 kwj Pertama

200 kwj pertama - 21.8 sen satu kwj
201 hingga 400 kwj - 34.5 sen satu kwj

Bagi Kiraan Melebihi 400 kwj dan seterusnya

50 kwj pertama - 30 sen satu kwj
501-600 kwj - 39 sen satu kwj
601 -700 kwj - 40 sen satu kwj
701-800 kwj - 41 sen satu kwj
801-900 kwj - 43 sen satu kwj
901 kwj ke atas - 46 sen satu kwj

(aku amik dari blog karel88. thanx bro 4 da post..)

cemaner?? murah kan?? so pepandai laa jimatkan penggunaan elektrik... blajarla berjimat cermat.
minyak pun dah naik... tp alhamdulillah harga beras akan diturunkan sebanyak 15%..

paperpun, pada aku, kita kene laa blaja menerima benda2 nih.. sedangkan nasi lemak 5 sen waktu dulu dah jadi 1.20 sen,
inikan pulak minyak, letrik dan beras.. memang betul, perkara ni akan membebankan golongan berpendapatan rendah, tp
masa juga pantas berlalu. nak atau tidak kita kene hadapinye..


semoga kenaikan pelbagai barangan dan keperluan ni akan menjadikan aku dan korang sume lebih kuat untuk
berusaha menyara kehidupan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.. assalamualaikum dan salam perpaduan...

hurmm... halo..

its has been a long tyme i never update my blog.. buat pembaca blog aku, insyaAllah, ader maser aku akan update kan.. juz bg aku maser.. bukan takder idea, banyak idea sebenarnye, tp aku agak sibuk dengan kerjaya aku skarang ni.. paperpun aku ucapkan terima kasih kat korang coz sudi layari blog aku..



sedar tak sedar, dah banyak perubahan berlaku dalam kancah politik, ezam dah masuk umno, Tun dah keluar Umno, Karpal diugut dengan Peluru Hidup, Beras dah makin naik... haa sebut pasal beras, arituh aku pergi laa beli barang ngan orang umah aku, terkejut aku, beras sunflower 10 kg, dah RM 50.++, dulu kalo tak salah dalam belas-belas n doploh je... adei, kene keje lebih kuat untuk survive hidup camni..

haa jauh dah aku merapu.. paperpun kepada pembaca sekalian, insyaAllah, aku akan sentiasa cuba membawakan berita-berita tergempar kepada korang biler aku dah tak bz nanti.. thanx so much 4 u guys support...

adios... salam perpaduan..

Murtad?? Jailani ohh Jailani...



Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.


gambar ni aku amik kat http://anginperubahan.blogspot.com. thanx bro coz postkan gambar tuh...

Kepada yang tak tau, namer peguam si Fatimah tu adalah Ahmad Jailani Abdul Ghani.. Soalan aku senang je... Aperkah Agamanya (agama Jailani)? Aperkah Yang Telah dilakukan beliau Untuk Fatimah?

Inikah sikap Melayu yang dikatakan membela agama sendiri iaitu Islam? (Jailani tu islam kan? Maaf kalau aku salah taip, maner tau dier dah convert agama.. tapi setau aku dier ISLAM).. aku bukanlah seorang ustaz ataupun pendita yang bijak, cuma sebagai seorang yang mencintai islam, tidak mungkin aku akan membantu seseorang yang islam lain untuk murtad.. berdosa besar aku..

KOrang, tolonglah nilaikan... aku takut disebabkan kes nih semakin ramai yang akan folow jejak si Fatimah tu... so sesame laa kiter renung2kan Siapakah Ahmad Jailani Abdul Ghani dan Mengapakah beliau bertindak sedemikian??..

adios...

tambahan...

kalau korang raser sangsi dengan apa yang aku postkan, korang pergilah harakah daily online, korang bacer soalan dier then vote.. lepas tuh cuber tengok soalan kat keputusan poll tuh, samer tak dengan apa yang aku gitau.. tgk braper ramai yang kate stuju...

korang Perasan atau TIDAK???..

assalamualaikum.. salam sejahtera dan salam perpaduan...

hari tuh aku sajer laa bukak harakah daily (yg online).. tetiber aku nampak poll nih..



aku pun undi laa... aper undi aku??(undi anda adalah rahsia)... heheh!! so lepas undi aku pun pi laa kat link untok show result... ni aderlah resultnyer..



aper yang aku nak jelaskan kat sini.. korang perasan tak gambar yang pertama tu...
soalan dier.. Ketuanan Melayu bukan milik Mutlak UMNO dan sudah TIDAK RELEVAN KEPADA BANGSA MELAYU. Setuju atau Tidak?

tapi biler kiter tengok keputusan poll, soalan dier berubah.. aku tak tau laa tuh disebabkan typing error ataupun terlupa nak letak.. cuma aku musykil laa kat sini.. ayat keputusan poll tu adalah Ketuanan Melayu bukan milik Mutlak UMNO. Setuju atau Tidak?

kemana hilangnya ayat tidak relevan kepada bangsa melayu?? urm.. aku bukan ape.. aku amik bende nih dari harakah daily.. harakah kepunyaan PAS dan pemimpin PAS adalah seorang MELAYU yang beragama islam..

tapi kenapa tergamak harakah daily boleh buat poll menyatakan konsep ketuanan Melayu tidak relevan kepada bangsa melayu sendiri.. adakah bermakna PAS menyokong penuh hasrat DAP untuk memansuhkan pembangunan orang Melayu (sebagai contoh penghapusan DEB)?

maaf kalau aku menyinggung perasaan pelbagai pihak.. tapi aku sebagai orang melayu yang beragama islam turut tersinggung dengan poll tersebut.. tengok saja keputusannya, berapa ramai yang kata setuju?

aku juga tak bermaksud nak menghina kaum lain, cuma kaum lain kene ingat, itu adalah perjanjian korang dulu semasa nak hidup kat bumi bertuah Malaysia nih.. so jgn pertikaikan kenapa kaum Bumiputera dapat bermcm2 kelebihan..

takmo citer banyak, pada aku, korang tepuk lah dada tanya selera.. pikirkan aper yang aku post nih... aku mengalu-alukan sebarang bentuk komen dari korang...
adioss....

Karpal Singh terus dikecam - utusan online


IPOH 14 MeiMufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya tidak mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.
Katanya, isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, orang Melayu tidak pernah menghina agama lain malah haram bagi umat Islam menghina agama lain.
‘‘Sejak dari dahulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini semua sudah termaktub dalam perlembagaan.
‘‘Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury.
Harussani menegaskan, Sultan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal agama Islam dan setiap apa yang berlaku tentang hal ehwal Islam mesti diberitahu kepada baginda.
‘‘Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan di bawah kuasanya tanpa pengetahuan seerti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri,” katanya.
Ketika ditanya sama ada tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu turut membelakangkan Sultan, beliau berkata, tindakan itu jelas membelakangkan Sultan kerana Baginda sepatutnya orang pertama diberitahu mengenai pertukaran ini.
‘‘Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak memang di bawah kuasa Sultan.
‘‘Ini perkara biasa yang kita amalkan,” katanya
.


haa.. korang dah baca apa yang aku postkan nih.. kalau dah mufti pun cakap camnih, apertah lagi orang lain.. kita sebagai orang islam sepatutnya mengambil iktibar dari apa yang telah dinyatakan. Jangan asyik dok sokong jer perbuatan orang tu.. aku terpikir gak.. agak-agaknye, APELAH YANG DIPIKIRKAN NIK AZIZ OLEH KATA-KATA DATUK HARUSSANI nie.. korang ader jawapannye??

pemergian...


hari nih aku nak blik ke tanah air.. puas dah dok kat negeri orang ni.. banyak bende aku blaja.. dosa pahala nafsu... memacam lagi... aku bersyukur sebab sampai sini...

macam-macam ragam manusia aku dah lihat.. semoga apa yang baik akan aku jadikan teladan yang buruk aku jadikan sempadan..

semalam ade member2 bloggers tanyer aku, yang aku punye nih macam anti pembangkang... aku nak bgtau kat korang sumer.. aku takda niat nak memburukkan sesiapa.. aku harap ape yang aku post kat sini, korang dapat nilaikan dari kaca mata hati korang sendiri.

kalau aku betul atau salah korang tegur aku, aku pun mcm manusia lain gak, akan slalu wat kesilapan.. so same2 lah kite menilai ape yang terbaik buat diri kita..

buat sandy beach... smoga kita berjumpa di lain hari...

adios...
assalamualaikum dan salam perpaduan...