Karpal Singh terus dikecam - utusan online


IPOH 14 MeiMufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya tidak mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.
Katanya, isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, orang Melayu tidak pernah menghina agama lain malah haram bagi umat Islam menghina agama lain.
‘‘Sejak dari dahulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini semua sudah termaktub dalam perlembagaan.
‘‘Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury.
Harussani menegaskan, Sultan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal agama Islam dan setiap apa yang berlaku tentang hal ehwal Islam mesti diberitahu kepada baginda.
‘‘Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan di bawah kuasanya tanpa pengetahuan seerti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri,” katanya.
Ketika ditanya sama ada tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu turut membelakangkan Sultan, beliau berkata, tindakan itu jelas membelakangkan Sultan kerana Baginda sepatutnya orang pertama diberitahu mengenai pertukaran ini.
‘‘Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak memang di bawah kuasa Sultan.
‘‘Ini perkara biasa yang kita amalkan,” katanya
.


haa.. korang dah baca apa yang aku postkan nih.. kalau dah mufti pun cakap camnih, apertah lagi orang lain.. kita sebagai orang islam sepatutnya mengambil iktibar dari apa yang telah dinyatakan. Jangan asyik dok sokong jer perbuatan orang tu.. aku terpikir gak.. agak-agaknye, APELAH YANG DIPIKIRKAN NIK AZIZ OLEH KATA-KATA DATUK HARUSSANI nie.. korang ader jawapannye??

6 comments:

  Skullsplitter

May 15, 2008 at 9:52 AM

Satu perbuatan menghina agama, bila sentuh tentang agama dinegara ini, semuanya akan menjadi sensitif.. Tetapi si rambut putih ini tidak tahu menahu tentang kedudukan Sultan didalam negara ini.. Tiada keampunan sepatutnya diberikaan pada orang seperti ini.. Akan tetapi Islam mengajar kita supaya bermaafan sesama kita.. Itu yang dilakukan Sultan.. Alhamdulillah.. Pemimpin seharusnya tahu bahawa negara kita mengamalkan Sultan Berpelembagaan, wahai si rambut putih.. Ambil tahu segalanya ttg negara ini sebelum mengeluarkan kata..

  azrinizam

May 15, 2008 at 8:15 PM

lawan tetap lawan, usah takut akan perjuangan menegakan agama, bangsa dan negara. Orang seperti Karpal sudah sah menentang Islam.

  pengyu

May 15, 2008 at 11:14 PM

thanx 4 all da comment... ingat si rambut putih.. telajak perahu boleh di undur, telajak kata buruk padahnya...

  abg bo

May 19, 2008 at 10:15 PM

stuju tak saya cakap yang karpal berani nak mencabar orang melayu kerana orang melayu sendiri yang menghapuskan kuasa sultan??

  pengyu

May 20, 2008 at 1:37 AM

abg bo.. silakan... mungkin ia dapat membantu saya ntok mengkaji pemasalahan sebenar..

  Sinar Cahaya

May 25, 2008 at 4:29 AM

Kita jgn ckp mengikut politik...tp kita berckp mengikut perjuangan agama, bangsa dan tanahair..kalau dah si karpal tuh menghina institusi raja,bererti beliau telah menghina agama islam..kita seharusnya memperkuatkan bangsa kita dahulu barulah kita boleh bangun menentang!