Murtad?? Jailani ohh Jailani...



Utusan Malaysia, 9 Mei 2008, mukasurat 14.


gambar ni aku amik kat http://anginperubahan.blogspot.com. thanx bro coz postkan gambar tuh...

Kepada yang tak tau, namer peguam si Fatimah tu adalah Ahmad Jailani Abdul Ghani.. Soalan aku senang je... Aperkah Agamanya (agama Jailani)? Aperkah Yang Telah dilakukan beliau Untuk Fatimah?

Inikah sikap Melayu yang dikatakan membela agama sendiri iaitu Islam? (Jailani tu islam kan? Maaf kalau aku salah taip, maner tau dier dah convert agama.. tapi setau aku dier ISLAM).. aku bukanlah seorang ustaz ataupun pendita yang bijak, cuma sebagai seorang yang mencintai islam, tidak mungkin aku akan membantu seseorang yang islam lain untuk murtad.. berdosa besar aku..

KOrang, tolonglah nilaikan... aku takut disebabkan kes nih semakin ramai yang akan folow jejak si Fatimah tu... so sesame laa kiter renung2kan Siapakah Ahmad Jailani Abdul Ghani dan Mengapakah beliau bertindak sedemikian??..

adios...

tambahan...

kalau korang raser sangsi dengan apa yang aku postkan, korang pergilah harakah daily online, korang bacer soalan dier then vote.. lepas tuh cuber tengok soalan kat keputusan poll tuh, samer tak dengan apa yang aku gitau.. tgk braper ramai yang kate stuju...

korang Perasan atau TIDAK???..

assalamualaikum.. salam sejahtera dan salam perpaduan...

hari tuh aku sajer laa bukak harakah daily (yg online).. tetiber aku nampak poll nih..



aku pun undi laa... aper undi aku??(undi anda adalah rahsia)... heheh!! so lepas undi aku pun pi laa kat link untok show result... ni aderlah resultnyer..



aper yang aku nak jelaskan kat sini.. korang perasan tak gambar yang pertama tu...
soalan dier.. Ketuanan Melayu bukan milik Mutlak UMNO dan sudah TIDAK RELEVAN KEPADA BANGSA MELAYU. Setuju atau Tidak?

tapi biler kiter tengok keputusan poll, soalan dier berubah.. aku tak tau laa tuh disebabkan typing error ataupun terlupa nak letak.. cuma aku musykil laa kat sini.. ayat keputusan poll tu adalah Ketuanan Melayu bukan milik Mutlak UMNO. Setuju atau Tidak?

kemana hilangnya ayat tidak relevan kepada bangsa melayu?? urm.. aku bukan ape.. aku amik bende nih dari harakah daily.. harakah kepunyaan PAS dan pemimpin PAS adalah seorang MELAYU yang beragama islam..

tapi kenapa tergamak harakah daily boleh buat poll menyatakan konsep ketuanan Melayu tidak relevan kepada bangsa melayu sendiri.. adakah bermakna PAS menyokong penuh hasrat DAP untuk memansuhkan pembangunan orang Melayu (sebagai contoh penghapusan DEB)?

maaf kalau aku menyinggung perasaan pelbagai pihak.. tapi aku sebagai orang melayu yang beragama islam turut tersinggung dengan poll tersebut.. tengok saja keputusannya, berapa ramai yang kata setuju?

aku juga tak bermaksud nak menghina kaum lain, cuma kaum lain kene ingat, itu adalah perjanjian korang dulu semasa nak hidup kat bumi bertuah Malaysia nih.. so jgn pertikaikan kenapa kaum Bumiputera dapat bermcm2 kelebihan..

takmo citer banyak, pada aku, korang tepuk lah dada tanya selera.. pikirkan aper yang aku post nih... aku mengalu-alukan sebarang bentuk komen dari korang...
adioss....

Karpal Singh terus dikecam - utusan online


IPOH 14 MeiMufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya tidak mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury kerana ia dianggap menghina Islam.
Katanya, isu kuasa Sultan dalam hal ehwal agama tidak boleh dipolitikkan kerana ia telah termaktub dan diberi kuasa penuh dalam Perlembagaan Persekutuan.
‘‘Kalau ini dipertikaikan sudah tentu ia menyentuh sensitiviti dan hak yang terdapat pada bangsa Melayu itu sendiri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, orang Melayu tidak pernah menghina agama lain malah haram bagi umat Islam menghina agama lain.
‘‘Sejak dari dahulu lagi saya lihat Karpal tidak pernah taat dan sentiasa mempertikaikan kuasa Sultan dan agama Islam walaupun semua ini semua sudah termaktub dalam perlembagaan.
‘‘Saya tidak tahu apakah motif sebenar Karpal cuba berbuat begitu sejak dari dulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury.
Harussani menegaskan, Sultan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal agama Islam dan setiap apa yang berlaku tentang hal ehwal Islam mesti diberitahu kepada baginda.
‘‘Siapa jua akan tersinggung jika sesuatu perubahan dilakukan di bawah kuasanya tanpa pengetahuan seerti pertukaran atau perkara berkaitan dengannya termasuk Sultan sendiri,” katanya.
Ketika ditanya sama ada tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu turut membelakangkan Sultan, beliau berkata, tindakan itu jelas membelakangkan Sultan kerana Baginda sepatutnya orang pertama diberitahu mengenai pertukaran ini.
‘‘Sepatutnya kalau hendak membuat pertukaran beritahu dahulu kepada Sultan kerana Jabatan Agama Islam Perak memang di bawah kuasa Sultan.
‘‘Ini perkara biasa yang kita amalkan,” katanya
.


haa.. korang dah baca apa yang aku postkan nih.. kalau dah mufti pun cakap camnih, apertah lagi orang lain.. kita sebagai orang islam sepatutnya mengambil iktibar dari apa yang telah dinyatakan. Jangan asyik dok sokong jer perbuatan orang tu.. aku terpikir gak.. agak-agaknye, APELAH YANG DIPIKIRKAN NIK AZIZ OLEH KATA-KATA DATUK HARUSSANI nie.. korang ader jawapannye??

pemergian...


hari nih aku nak blik ke tanah air.. puas dah dok kat negeri orang ni.. banyak bende aku blaja.. dosa pahala nafsu... memacam lagi... aku bersyukur sebab sampai sini...

macam-macam ragam manusia aku dah lihat.. semoga apa yang baik akan aku jadikan teladan yang buruk aku jadikan sempadan..

semalam ade member2 bloggers tanyer aku, yang aku punye nih macam anti pembangkang... aku nak bgtau kat korang sumer.. aku takda niat nak memburukkan sesiapa.. aku harap ape yang aku post kat sini, korang dapat nilaikan dari kaca mata hati korang sendiri.

kalau aku betul atau salah korang tegur aku, aku pun mcm manusia lain gak, akan slalu wat kesilapan.. so same2 lah kite menilai ape yang terbaik buat diri kita..

buat sandy beach... smoga kita berjumpa di lain hari...

adios...
assalamualaikum dan salam perpaduan...

kroni hentam kroni??? apa dah jadi??


Nik Aziz berkata, tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.
"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.
Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.
Katanya, perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap sebagai derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.


"Dalam negeri, raja ketuanya dan di rumah, ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada ketika ditemui selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari sini.Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Karpal yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah JAIP oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

haa.. dah baca semuanyer.. terima kasih kepada shahboy yang telah postkan maklumat ni di dalam blog nyer.. (http://brokenthecode.blogspot.com)

apa nak jadi semua ni?? masing2 dok kata sama sendiri.. betul tak salah membuat teguran,
cume apa yang aku nak kata, kalau dah nik aziz pun kata karpal salah, kenapa wan azizah dok senyap ja masa dalam parlimen harituh?
yang si karpal pulak tak habih2 ngaku dia tak salah.. sekali lagi aku taknak komen ape2 dan taknak salahkan sesiape..\
cuma korang fikir2 dan renung2kanlah erh.. chow!

Anwar Tiada Agenda Pertahankan Melayu- Ezam Mohd Nor


aku petik dari satu blog ni...


''Permainan politik yang sebegini bukanlah agenda bangsa dan negara. Parti Rakyat Keadilan sepatutnya meletakkan agenda kepentingan melayu sebagai perkara yang asas, tetapi pendapat saya ditentang dan Anwar Ibrahim tidak ”mempertahankan saya''
sumber dari http://brokenthecode.blogspot.com/




ini hakikat. aku tak cakap tapi ezam mohd noor yang cakap? saper ezam? takkan tu pun aku nak terangkan.. hang dok pikir la sendiri.. kalau dah kroni balun kroni, pa nak jadi? kata dulu nak pertahankan melayu, tapi sekarang??



ni satu lagi petikan yang aku jumper... sekali lagi aku mintak, korang pikir laa sendiri.. korang nilaikan dari perspektif korang.. aku takmo dok celoteh panjang lebar.. letih aku.. jangan tanya mana aku dapat petikan ni, yang penting... LU PIKIR LA SENDIRI.. hahahah!!

Ditanya sama ada beliau ingin membina kembali hubungan dengan Anwar, Ezam berkata, " kini peluang itu dilihat semakin jauh kerana beliau menafikan melayu dan Islam sebagai asas politik"...

Hak Orang Melayu...

Tunku penah ckp

“….orang Melayu sedia memberi hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu…”

ini la orang melayu zaman skang...aku pon tak taw la... die orang rase ape skang... klu aku cakap isu hak orang melayu...mcm2 yg bg pendapat..

ok...aku tinggalkan kejap isu hak keistimewaan orang melayu yang bukan melayu tu dengki sangat...

aku cerita pasal isu speaker dewan rakyat dulu... ape bendenye klu dah orang Islam angkat sumpah kat depan orang kaper... ni klu suwoh nabil cakap pon die cakap " lu pikir la sendiri "

Sandy Beach

aku kat sandy beach skang...aku pandang macam-macam ader kat sini..mate pandang itu-pandang ini. kat sini aku dok kat bilik yang macam mewah...aku baring atas katil. sedap gak..



aku baring atas katil... tibe2 ilham datang... mcmc2 ader kat sini.. aku tgk orang kat sini mcm kat hawaii... aku terbayang...klu skang aku meniarap....sape kat atas aku...

tersedar dari mimpi.. aku keluar mencium bayu laut.. termenung ku sendirian, memilau mencari kedai kopi.. sesudah minum air kelapa.. ..

bapak aku kate...klu melayu tu... aku tak ingat la smbungan ayatnye.. klu aku ingat.. aku smbung